Menu
Jabatan_Alam_Sekitar Dasar Alam Sekitar NegaraDasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DASN adalah untuk mencapai; (1) Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan, (2) Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat, dan (3) Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.
Terdapat lapan prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
DASN bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.
Menu
Jabatan_Alam_Sekitar Dasar Alam Sekitar NegaraBerkaitan
Jabatan di Perancis Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Jabatan Kastam Diraja Malaysia Jabatan dan agensi kerajaan Malaysia Jabatan Pembangunan Kemahiran Jabatan Perdana Menteri Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Imigresen Malaysia Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Jabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaRujukan
WikiPedia: Jabatan_Alam_Sekitar http://www.astroawani.com/berita-malaysia/penguatk... http://www.doe.gov.my https://www.doe.gov.my/portalv1/wp-content/uploads...